Sunday, January 3, 2016

Pengenalan Media Sosial



Pada era kemodenan kini, teknologi maklumat dan komunikasi semakin berkembang pesat dengan adanya pelbagai aplikasi berasaskan Internet. Internet merupakan salah satu aspek penting dalam berhubungan  aplikasi media sosial. Media sosial merupakan suatu platform dimana pengguna dapat berkomunikasi dengan pengguna yang lain seperti berkongsi maklumat, melakukan kegiatan perniagaan serta dapat menjalin hubungan sosial antara satu sama lain dengan menggunakan aplikasi  media sosial ini.

Media sosial tidak asing bagi kita memandangkan penggunaannya yang meluas dalam kehidupan seharian. Media  sosial ini  bukan hanya sebagai “perpustakaan  maklumat” untuk memudahkan pengedaran maklumat kepada khalayak global, malah lebih daripada itu.  Media sosial menjadi pilihan utama semua golongan masyarakat tanpa mengenal usia, latar belakang, tempat dan sebagainya menggantikan media bercetak.  Sebelum wujudnya media sosial, media bercetak seperti surat khabar, majalah dan buku telah digunakan untuk menyebarkan maklumat kepada pembaca. Tidak dinafikan media bercetak masih lagi digunakan pada masa sekarang namun media sosial tetap menjadi pilihan utama kita dalam mendapatkan pelbagai maklumat memandangkan kita boleh mendapat semua maklumat yang kita perlukan tanpa mengira tempat dan masa dalam media sosial.

Sejarah dan Evolusi Media Sosial



Media sosial merupakan sebuah media online di mana para penggunanya dengan mudah dapat berkomunikasi, berkongsi maklumat, dan mengakses sebarang maklumat dengan pantas dan mudah. Menurut Andreas Kaplan dan Michael Haenlein, media sosial didefinisikan sebagai sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0 dan yang membolehkan penciptaan dan pertukaran. Selaras dengan definisi ini, kita dapat tafsirkan bahawa media sosial merupakan satu platform yang digunakan bersama dengan sambungan internet untuk mengakses maklumat.  Dengan adanya internet, kita dapat mengakses maklumat yang kita hendaki dari seluruh pelosok dunia tanpa had dan sempadan.

Perkembangan teknologi yang semakin pesat melahirkan banyak aplikasi media sosial baharu di dunia maya. Di antara media sosial yang digunakan secara meluas pada masa sekarang ialah Facebook, Twitter, Instagram, Blog, We Chat, My Space dan sebagainya. Sebagai contoh dalam Facebook, setiap daripada kita bebas untuk menulis pendapat kita, berkongsi maklumat dan memberi maklum balas untuk bacaan umum tanpa batasan waktu dan tempat. Diringkaskan media sosial mengajak sesiapa sahaja yang berminat untuk memberi sumbangan dan maklum balas secara terbuka, memberi komen, serta berkongsi maklumat dalam masa yang cepat dan tidak terhad. Begitu juga dengan penggunaan blog yang semakin bertambah saban hari. Di dalam blog, blogger bebas berkongsi pelbagai maklumat seperti pengalaman blogger, promosi produk perniagaan mereka, resepi masakan, tips-tips kecantikan, fesyen dan sebagainya.

Kepantasan seseorang boleh mengakses media sosial mengakibatkan terjadinya fenomena besar terhadap arus maklumat yang bukan sahaja hanya terdapat di negara-negara maju, bahkan juga berlaku di Malaysia. Akibat penggunaannya yang pesat, media sosial sudah mula tampak menggantikan peranan media elektronik dalam menyebarkan berita-berita. Usahawan juga tidak ketinggalan dalam menggunakan media sosial sebagai satu platform penggerak perniagaan di seluruh negara dan pelosok dunia. Malaysia yang juga sebagai sebuah negara yang amat menekankan perniagaan digital mengalakkan usahawan untuk menggunakan kaedah media sosial sebagai pemangkin perniagaan. Menurut tinjauan socialmediaexaminer.com, ramai usahawan bersetuju bahawa media sosial telah memainkan peranan yang amat penting dalam memasarkan produk mereka kepada para pelanggan yang dikenali mahupun yang tidak dikenali.

Ketika penciptaan gajet semakin maju, kini untuk mengakses Facebook atau Twitter misalnya, ianya boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan hanya menggunakan sebuah telefon bimbit yang mempunyai rangkaian internet. Penggunaan telefon pintar memudahkan lagi para pengguna untuk berkongsi sebarang maklumat tanpa batasan waktu dan tempat. Sebagai contoh, setiap telefon pintar pada masa sekarang telah dilengkapi dengan kamera untuk mengambil gambar dan video. Pengguna media sosial kemudiannya boleh menyunting, menambah, mengubahsuai sebarang tulisan, gambar, video, grafik, dan pelbagai model kandungan lain mengikut kehendak mereka. Selain itu, telefon bimbit ini juga dilengkapi dengan Microsoft Word dan Excel sesuai untuk golongan pekerja yang memerlukan akses kepada maklumat yang dikehendaki. Perkembangan media sosial membangun dengan pesat kerana untuk memenuhi kehendak semua orang seperti memiliki bahan media sendiri.

EVOLUSI MEDIA SOSIAL

Pada awal permulaan terbentuknya media sosial terjadi pada tahu 1978 dari penemuan sistem papan buletin, yang membolehkan kita untuk berkongsi informasi, dapat berkomunikasi dengan mengunakan surat elektronik melalui internet yang terhubung dengan saluran telefon dengan modem. Sistem papan buletin ini ditemukan oleh Ward Christensen dan Randy Suess iaitu pecinta dunia komputer.  Perkembangan media sosial pertama kali dilakukan melalui pengiriman surat elektronik pertama oleh peneliti ARPA ( Advanced Research Project Agency) pada tahun 1971. Berikut adalah sedikit gambaran tentang evolusi media sosial.

Pada tahun 1995 - GeoCities, telah memperkenalkan Web Hosting iaitu layanan penyewaan penyimpanan data - data website agar halaman website tersebut boleh di akses dari mana saja, dan kemunculan GeoCities ini menjadi tunggak dengan bertambahnya website - website lain.

Pada tahun 1997 Munculnya jaringan sosial pertama iaitu Sixdegree.com walaupun sebenarnya pada tahun 1995 terdapat Classmates.com yang juga merupakan satu jaringan sosial namun, Sixdegree.com di anggap lebih baik kerana menawarkan sebuah jaringan sosial berbanding Classmates.com

Pada tahun 1999 - lahirnya  satu web untuk membuat blog pribadi, iaitu Blogger.  Blogger menawarkan penggunanya untuk membina laman blognya sendiri. sehingga pengguna dari Blogger ini boleh memuat naik pelbagai maklumat bebas termasuk hal pribadi ataupun berkongsi makluat secara bebas sehingga boleh di katakan blogger ini menjadi tunggak berkembangnya sebuah Media sosial.

Pada tahun 2002 - terbinanya Friendster,iaitu satu jejaring sosial yang pada saat itu menjadi booming, dan keberadaan sebuah media sosial menjadi fenomena.  Seterusnya pada tahun 2003 -Lahirnya LinkedIn.  Linkedln tak hanya digunakan untuk bersosial malahan LinkedIn juga berguna untuk mencari pekerjaan, sehingga fungsi dari sebuah Media Sosial makin berkembang. Pada tahun 2003 juga terbinanya  MySpace. MySpace menawarkan kemudahan dalam menggunakannya sehingga myspace di katakan satu jejaring sosial yang user friendly.

Pada tahun 2004 - Lahirnya Facebook, satu jejaring sosial yang terkenal hingga sampai saat ini, merupakan salah satu jejaring sosial yang memiliki pengguna terbanyak.Pada tahun 2006 - Lahirnya Twitter, satu jejaring sosial yang berbeza dengan yang lainnya, karena pengguna dari Twitter hanya boleh mengupdate status atau yang bernama Tweet ini yang hanya di batasi 140 karakter.

Pada tahun 2007 - Lahirnya Wiser, satu jejaring sosial pertama sekali dilancarkan bertepatan dengan peringatan Hari Bumi (22 April) 2007. Wiser ini diharapkan boleh menjadi sebuah direktori online organisasi lingkungan seluruh dunia termasuk pergerakan lingkungan baik dilakukan individu mhaupun kelompok.

Akhir sekali, pada tahun 2011 - Lahirnya Google+, google melanvarkan satu jejaring sosialnya yang bernama google+, namun pada awal kemunculannya. google+ hanya terbatas pada orang yang telah di invite oleh google. Setelah itu google+ di lancarkan secara umum.

Kepentingan Media Sosial Dalam Perniagaan


Bersosial di laman maya sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan pada masa kini. Strategi perniagaan melalui media sosial memiliki keunikan tersendiri kepada para usahawan. Media sosial membawa perubahan terhadap cara usahawan untuk memajukan perniagaan mereka. Para usahawan juga menjadikan penggunaan media sosial sebagai keutamaan  dalam mempromosikan  produk-produk keluaran mereka. 


Antara kepentingan media sosial dalam perniagaan ialah usahawan menjadikan media sosial sebagai lubuk jualan produk-produk keluaran mereka. Jualan akan menjadi lebih mudah apabila terdapat banyak ‘potential customer’. Pengguna laman sosial yang ramai membuka peluang jualan yang lebih besar. Penggunaan media sosial dapat menarik pelanggan lebih ramai samada pelanggan yang di kenali atau tidak dikenali. Sebagai contoh, bayangkan jika kita membuka kedai di belakang lorong-lorong kecil jalan yang terletak di bahagian belakang dan jauh dari pandangan orang ramai. Sudah tentu jualan anda sedikit.  Oleh sebab itu banyak syarikat besar dan berjenama seperti Jusco dan Tesco memilih untuk membuka cawangan mereka di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang besar supaya dapat menarik pelanggan yang lebih ramai.

Selain itu, penggunaan media sosial penting dalam pemasaran produk-produk sesebuah syarikat.  Dengan adanya media sosial, pemasaran perniagaan adalah secara percuma.  Laman sosial tidak memerlukan sebarang kos untuk kita mendapatkan satu akaun. Ianya pada kebiasannya diberikan secara percuma. Hanya perlukan email sahaja dan anda akan mendapat kunci untuk jualan melalui laman sosial ini. Bukan sahaja percuma, malah pendekatan ini lebih efektif buat masa kini. Pemasaran menggunakan laman sosial ini menjadikan sesuatu berita itu akan lebih cepat tersebar di dalam laman sosial kerana berlakunya biasan berita atau entri di dalam laman sosial.  Misalnya, anda membuat satu entri atau post (menyebarkan maklumat), rakan-rakan anda akan dapat terus post tersebut. Jika mereka menyukainya, mereka boleh berkongsi dengan rakan-rakan mereka dan proses tersebut akan berulang-ulang secara terus. Ini yang dinamakan Viral Marketing.  Hal ini secara tidak langsung dapat mempromosikan produk-produk keluaran mereka kepada ramai pengguna media sosial yang lain.

Di samping itu, media sosial memberikan kelebihan kepada sesebuah syarikat untuk bersaing dengan pesaing lain.  Penyertaan syarikat dalam media sosial membolehkan perniagaan syarikat mendapat peluang yang lebih besar dan kelebihan untuk terlibat dalam pengiklanan yang lebih efektif. Selain itu, ia menjadikan syarikat yang kukuh dan berdaya saing berbanding dengan pesaing lain. Kebanyakan aspek media sosial juga disediakan secara terbuka, ini bermaksud sesebuah syarikat juga boleh memerhati keadaan pesaing-pesaing lain. Anda mungkin ingin menyesuaikan idea mereka atau lebih baik daripada mereka apabila anda ingin menghasilkan pelan pemasaran syarikat anda sendiri.



Tambahan itu juga, kerja pencarian maklumat dan data semakin mudah dan terkini seperti yang kita sedia maklum, setiap usahawan sentiasa inginkan kejayaan dalam setiap bidang yang diceburi. Namun tidak dapat dinafikan, ada juga dikalangan mereka yang gagal mencapai matlamat yang disasarkan. Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, seseorang itu perlulah mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang yang diceburi dan bukannya hanya sembarangan sahaja melakukan sebarang aktiviti perniagaan tanpa memikirkan segala risiko yang akan dihadapi. Ilmu pengetahuan tersebut diperolehi samada daripada pengalaman sendiri, ilmu yang dipelajari, pembacaan ataupun daripada pemerhatian daripada pengalaman orang lain. Dengan ini mereka sentiasa mencari dan peka dengan maklumat terkini daripada media sosial. Dengan penggunaan media sosial, kerja pencarian maklumat dan data semakin mudah dan terkini.



Kita juga dapat melihat pelbagai laman web telah dicipta untuk memberi penerangan tentang sesuatu perniagaan, apa yang perlu dilakukan dan larangan dalam menjalankan perniagaan. Usahawan juga boleh berkongsi pengalaman mereka bersama dengan usahawan lain dan ini dapat memberi gambaran dan teladan usahawan lain yang ingin menceburi bidang yang sama dan pada masa yang sama dapat memberi dorongan dan semangat kepada mereka untuk melakukan perniagaan tersebut.  Kita dapat melihat usahawan yang berjaya seperti Dr. Azizan Osman yang pada mulanya seorang ahli perniagaan yang kecundang dalam bisnes yang dijalani sehingga menyebabkan beliau kerugian wang berjuta-juta. Namun beliau tidak pernah putus asa dan bangkit semula dan berkongsi pengalamannya kepada usahawan yang lain tidak kira yang sudah lama atau baru berkecimpung dalam perniagaan. Dari sini kita dapat melihat peranan media sosial dalam membangkitkan semangat usahawan lain untuk berjaya dalam perniagaan yang diceburi.


Media sosial juga penting dalam perniagaan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pencapaian prestasi usahawan dan syarikat.  Dengan maklumat yang diperolehi, usahawan juga dapat menggunakannya untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi pencapaian prestasi usahawan itu sendiri dan syarikat mereka. Usahawan juga dapat bertukar-tukar pendapat, maklumat, dan produk sesama usahawan atau pihak lain yang berkepentingan. Selain itu, usahawan juga boleh menghubungi sesiapa sahaja seperti kenalan, pembekal, pengedar, pelanggan dan lain-lain untuk bertanya atau mendapatkan maklumat mengenai perniagaan, peluang-peluang perniagaan dan sebagainya. Sebagai contoh penggunaan Internet Explorer dan Google untuk menghantar e-mail dengan pantas, jimat dan boleh dilakukan dimana sahaja selagi terdapat akses internet. Penggunaan Skype yang merupakan sebuah perisian komunikasi percuma yang membolehkan pengguna membuat panggilan, menghantar mesej secara segera dan melakukan panggilan video dalam talian walaupun mereka berada pada jarak beribu batu. Selain untuk panggilan, Skype juga dapat digunakan untuk berbual (chatting), kirim SMS, persidangan, pemindahan maklumat, panggilan suara hingga Call Forward.

  Selain daripada itu, usahawan juga memerlukan media sosial dalam perniagaan mereka untuk mendapatkan maklum balas daripada pelanggan mereka. Dengan mencari maklum balas daripada pelanggan atau pengguna, usahawan dapat mengetahui prestasi dan pencapaian usaha mereka dalam mengendalikan perniagaan mereka. Setiap laman web mahupun Facebook dapat dilihat pelbagai testimoni daripada pelanggan yang telah mengguna produk usahawan mereka. Maklum balas dalam media sosial memainkan peranan penting dalam sesebuah perniagaan memandangkan ianya dapat dibaca oleh pembaca lain maka maklum balas yang positif akan menarik lebih ramai pelanggan baru manakala maklum balas yang negatif pula menyebabkan kehilangan pelanggan yang sedia ada. Maklumat yang diperolehi daripada maklum balas ini akan digunakan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi mereka sendiri sebagai seorang usahawan dan perniagaan mereka. Dengan ini, usahawan yang berjaya diibaratkan sebagai pendengar yang baik kerana mengambil tindakan pantas daripada maklum balas pelanggan mereka. Dengan maklum balas ini juga, usahawan dapat belajar dari kegagalan dan kesilapan mereka. Tanpa pelanggan, usahawan itu tidak akan berjaya mencapai matlamatnya dalam mengembangkan perniagaannya dalam setiap bidang yang diceburi.


Akhir sekali,media sosial juga penting kepada usahawan dan syarikat sebagai Khidmat Pelanggan. Tiada cara yang lebih baik untuk memastikan para pelanggan sentiasa gembira selain daripada menyediakan kaedah yang membolehkan para pelanggan mendapat maklumat penuh dan sokongan tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Media sosial membolehkan anda sentiasa berkomunikasi dengan pelanggan, dan dengan itu memberi perkhidmatan yang sentiasa diingati dan diganjarkan dengan pembelian baru.