Sunday, January 3, 2016

Pengenalan Media Sosial



Pada era kemodenan kini, teknologi maklumat dan komunikasi semakin berkembang pesat dengan adanya pelbagai aplikasi berasaskan Internet. Internet merupakan salah satu aspek penting dalam berhubungan  aplikasi media sosial. Media sosial merupakan suatu platform dimana pengguna dapat berkomunikasi dengan pengguna yang lain seperti berkongsi maklumat, melakukan kegiatan perniagaan serta dapat menjalin hubungan sosial antara satu sama lain dengan menggunakan aplikasi  media sosial ini.

Media sosial tidak asing bagi kita memandangkan penggunaannya yang meluas dalam kehidupan seharian. Media  sosial ini  bukan hanya sebagai “perpustakaan  maklumat” untuk memudahkan pengedaran maklumat kepada khalayak global, malah lebih daripada itu.  Media sosial menjadi pilihan utama semua golongan masyarakat tanpa mengenal usia, latar belakang, tempat dan sebagainya menggantikan media bercetak.  Sebelum wujudnya media sosial, media bercetak seperti surat khabar, majalah dan buku telah digunakan untuk menyebarkan maklumat kepada pembaca. Tidak dinafikan media bercetak masih lagi digunakan pada masa sekarang namun media sosial tetap menjadi pilihan utama kita dalam mendapatkan pelbagai maklumat memandangkan kita boleh mendapat semua maklumat yang kita perlukan tanpa mengira tempat dan masa dalam media sosial.

No comments:

Post a Comment