Sunday, January 3, 2016

Tahap Penggunaan Media Sosial Dalam Perniagaan Di Malaysia



Kerancakan penggunaan media sosial bukan sahaja berlaku di negara-negara luar malahan juga berlaku di dalam Malaysia. Sektor kerajaan dan sektor swasta sentiasa bermatlamat untuk mempertingkatkan kadar akses media sosial dengan meningkatkan kadar pemilikan talian internet, pemilikan komputer peribadi dan sebagainya. Kemudahan ini secara tidak langsung akan membantu golongan usahawan untuk melibatkan diri dengan aktif dan mengembangkan perniagaan mereka. 

Selain Itu, Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia merupakan di antara jabatan kerajaan yang merancang pelbagai program dan latihan untuk menarik lebih ramai usahawan tempatan untuk menceburi perniagaan. Penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang juga dikenali sebagai "MSC" di Malaysia bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020 dimana pengaliran maklumat terkini dari seluruh kawasan tanpa batasan dan menjadi teras utama kepada syarikat multinasional untuk mengeluarkan produk multimedia dan komunikasi serta penyelidikan yang berkaitan dengan ICT dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan maklumat dan mempunyai pengetahuan yang intensif. Ini akan menarik minat lebih banyak syarikat-syarikat pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia. Ianya secara tidak langsung akan memberi peluang perniagaan kepada usahawan di Malaysia. 

Di samping itu, penggunaan media sosial dalam perniagaan juga mempermudahkan lagi segala urusan perbankan yang melibatkan jumlah wang yang besar. Jika pembelian atau penjualan dalam sesebuah perniagaan melibatkan kos yang tinggi, mereka hanya melakukan transaksi bank dalam talian seperti CimbClicks, Maybank2U dan PayPal yang boleh dilakukan pada bila-bila masa. Jika dahulu kita perlu beratur panjang untuk membeli barang, sekarang dengan beberapa klik sahaja barang tersebut akan sampai di tempat kita tanpa perlu kita beratur panjang, bersesak mencari barang, mencari kawasan letak kereta dan kepenatan berjalan. Semuanya berada di hujung jari kita. Ini akan menyebabkan perniagaan dan perkhidmatan usahawan akan melonjak naik kerana penggunaan media sosial yang memudahkan segala urusan perniagaan mereka

No comments:

Post a Comment