Sunday, January 3, 2016

Penggunaan Media Sosial Dalam Perniagaan Secara Global



Penggunaan media sosial dapat meningkatkan pendedahan terhadap sesebuah syarikat bukan sahaja secara tempatan malah secara global.
Media sosial gergasi seperti Twitter dan Facebook berkongsi lebih daripada 1.5 billion pengguna di seluruh dunia. Platform seperti ini membolehkan sesebuah syarikat memperluaskan perniagaan mereka serta-merta menjangkaui kedudukan geografi syarikat dengan mudah. Ini bermaksud, like di Twitter dan Facebook merupakan cara yang baik untuk mengukuhkan kemunculan sesebuah syarikat. Media sosial juga membolehkan perniagaan mendapat faedah daripada pendedahan yang meningkat sama ada di peringkat global atau tempatan. Ia terpulang kepada syarikat itu sendiri membuat keputusan tersebut.

Penggunaan media sosial dalam perniagaan secara global juga telah mendatangkan hasil jualan yang lebih memberansangkan dan menguntungkan kepada usahawan sekaligus dapat mempengaruhi kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Sesungguhnya tidak dinafikan media sosial tanpa dunia internet tidak boleh disama-bandingkan dengan dunia “offline” iaitu dunia yang tanpa Internet. Apabila tiadanya Internet, maka para usahawan akan menghadapi masalah untuk mengakses media sosial memandangkan penggunaan media sosial yang memerlukan talian Internet. Namun perkara sebaliknya akan berlaku ketika kita memasuki atau mengakses Internet di mana kita telah berjaya memasuki sebuah pasaran global tanpa sempadan. Sebagai contoh, penciptaan laman web yang dilakukan dalam bahasa Melayu tidak semestinya hanya dapat dilayari di dalam Malaysia sahaja. Sesetengah pihak juga mendakwa bahawa terdapatnya halangan dari segi budaya, bahasa dan kepercayaan kepada pengglobalan menyebabkan perniagaan ini lebih dominan bagi syarikat berskala kecil dalam rangkaian perdagangan setempat sahaja. Namun dengan adanya Internet, laman web ini dapat dilayari di merata dunia kerana sesebuah laman web bukanlah hanya untuk sebuah negara sahaja. Jadi adalah tidak mustahil jika perniagaan melalui media sosial dapat sambutan dan perhatian yang mengalakkan dari pelanggan dari serata dunia.  Penggunaan media sosial mempermudahkan segala usahawan untuk melakukan, memperkenalkan dan mempergiatkan aktiviti perniagaan atau perkhidmatan ke seluruh negara dan dunia.     

Dalam era globalisasi dan perniagaan tanpa sempadan, seseorang usahawan memerlukan pemikiran kontemporari. Ini kerana dengan teknologi yang cangggih, pengguna kini boleh memilih produk, idea dan perkhidmatan dari seluruh dunia. Dengan adanya media sosial, pengguna kini dapat mencari maklumat tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di seluruh dunia dan dapat membuat pemilihan berdasarkan kepada jenis dan kualiti produk, harga yang lebih berpatutan, tahap servis penjual dan lain-lain aspek. Sebelum kewujudan media sosial, aktiviti perniagaan hanya mampu dijalankan oleh usahawan yang mempunyai perniagaan besar yang berkemampuan dari segi kewangan dan kepakaran namun dengan terciptanya media sosial, usahawan yang mempunyai perniagaan kecil juga mampu mempromosikan dan mengiklankan produk serta perkhidmatan mereka ke seluruh pelosok dunia seperti melalui Facebook, Twitter, Instagram dan blog.

Perniagaan menggunakan media sosial juga telah membuka peluang yang lebih luas kepada para usahawan untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk atau perkhidmatan secara meluas samada di dalam atau luar negara. Pemasaran menggunakan media sosial merupakan salah satu teknik yang sangat membantu untuk usahawan-usahawan yang ingin memasarkan produk mereka dengan lebih meluas lagi. Dengan menggunakan media sosial sebagai aktiviti pemasaran, usahawan boleh mendapat pelanggan baru yang berpotensi dengan lebih mudah dan mereka juga akan dapat meningkatkan jualan kerana lebih ramai lagi orang akan tahu mengenai produk mereka. Bukan untuk pasaran tempatan sahaja, malah pasaran antarabangsa juga boleh didapati dengan adanya media sosial ini. Dengan kebolehan media sosial yang boleh diakses di mana sahaja tanpa batasan waktu dan tempat menyebabkan hampir semua industri dengan berbagai jenama besar telah menggunakan media sosial sebagai pemasaran mereka. Ini adalah kerana mereka sedar bahawa media sosial adalah antara cara pemasaran yang terbaik pada zaman ini. Sebagai contoh, usahawan akan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka melalui aplikasi Instagram di mana pengguna atau pelanggan hanya menggunakan “hashtag” produk yang mereka yang kehendaki dan dalam masa satu saat pelbagai pilihan akan keluar dan pelanggan boleh mencari dan memilih produk yang dikehendaki.

No comments:

Post a Comment